© 2009 Government of Brunei
Bahasa Melayu
English
Sekapur Sirih
Bismillah hir rahman nir rahim
Asslam mu alaikum warahmatullah hi wabarakatuh
Sesuailah dengan perkembangan masa kini, bahawa teknologi maklumat telah berkembangluas dan telah menjadi kemestian pada kita. Tidak dapat tidak kita hendaklah tidak ketinggalan untuk memenuhi kehendak dan keperluan tersebut. Dalam hubungan ini, maka Jabatan Daerah Temburong, Alhamdulillah telah Berjaya mengungkayahkan Laman Webnya.
Dengan adanya Laman Web ini, dapatlah memberikan maklumat-maklumat yang diperlukan berkisarkan dari aspek pengurusan, pentadbiran, aktiviti, info pelancongan, profil Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Standard Operating Procedure (SOP), Aduan-Aduan dan Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR) dan lain-lain. Sesungguhnya penyediaan Laman Web ini menggambarkan ketelusan dan kesediaan pihak Jabatan ini menerima apa jua imbal balik (Feedback) dari orang ramai (Client) mengenai apajua perkara yang memerlukan pembaikan dan seumpamanya.
Mudahan-Mudahan dengan adanya Laman Web ini akan dapat membantu Jabatan ini untuk terus maju kehadapan dan seterusnya melonjak ke arah kejayaan dan kecemerlangan.
Sekian. Wassalam