


Puak Etnik Daerah Temburong
Daerah Temburong mempunyai 4 puak etnik yang mana ia terdiri daripada 64% Melayu, 19% Iban, 8% Murut dan 6% Cina.
Puak Melayu
Terdapat 2 dialek percakapan Puak Melayu di Daerah Temburong iaitu Melayu Brunei dan Melayu Kedayan. Puak Melayu kebanyakannya tinggal di Kawasan Utara Daerah Temburong. Kebanyakan daripada puak ini mengikuti arus kemodenan zaman tetapi sebilangan daripada mereka ini juga masih mengamalkan gaya tradisi hidup seperti memancing Udang Galah dan berpadi
Puak Iban
Kebanyakan Puak Iban ini tinggal di Kawasan Selatan Daerah Temburong. Generasi tua puak ini masih lagi mengamalkan kehidupan tradisi lama Puak Iban. Mereka masih lagi berpadi dan membuat kraftangan anyaman dan besi.
Puak Murut
Mengikut sejarah, Puak Murut ialah Puak yang mula-mula mendiami Daerah Temburong. Sekarang Puak ini menetap di Kawasan Barat Daerah Temburong. Mereka juga masih mengamalkan cara hidup tradisi seperti puak yang lain.
Puak Cina
Puak Cina adalah golongan minoriti di Daerah ini. Kebanyakan mereka ini berkecimpung di dalam bidang perniagaan.

JABATAN DAERAH TEMBURONG
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
www.daerah-temburong.gov.bn
www.district-temburong.gov.bn