Jabatan Daerah Temburong



Bangunan Jabatan Daerah Temburong dibangun pada awal tahun   1950 an. Ketika penubuhannya bangunan ini digunakan dan dikongsi bersama beberapa buah agensi kerajaan yang lain seperti Pejabat Telekom, Pejabat Pos, Pejabat Kastam dan Eksais dan sebuah ruang bilik mahkamah dan Pejabat Pengangkutan Darat.
Memandangkan bangunan ini digunakan bersama-sama Jabatan-Jabatan Kerajaan yang lain ia dinamakan juga Bangunan Pejabat-Pejabat Kerajaan Daerah Temburong.

Pada tahun 1982, Kompleks Bangunan Jabatan-Jabatan Kerajaan yang baru telah dibina. Bangunan tersebut mula digunakan pada tahun 1984 dan Jabatan Daerah Temburong bersama Jabatan-Jabatan yang lain telah berpindah ke bangunan baru tersebut.



Visi


"Menjadikan masyarakat yang berpenglibatan dan bersepadu"


Misi

Meningkatkan kesejahteraan masyarakat yang seimbang"


Objektif

"Meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan di daerah bagi memastikan kesejahteraan dan perpaduan dikalangan masyarakat"

JABATAN DAERAH TEMBURONG
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
www.daerah-temburong.gov.bn
www.district-temburong.gov.bn