Pengenalan
Temburong adalah daerah kedua terbesar di Negara Brunei Darussalam dengan
keluasan kira-kira 1,306km persegi. Ia mempunyai keramaian penduduk
kira-kira 9,000 orang yang mana kebanyakannya bekerja sama ada dengan
kerajaan, berniaga, bertani atau nelayan.
Seperti daerah-daerah yang lain, Daerah Temburong dibahagikan kepada
beberapa mukim iaitu Mukim Pekan Bangar, Mukim Bokok, Mukim Baru Apoi,
Mukim Amo dan Mukim Labu. Daerah ini mempunyai banyak tempat-tempat
menarik untuk pelancungan. Antara tempat-tempat yang menjadi tumpuan para
pelancung adalah Taman Negara Batu Apoi, Pusat Kajian Hutan Tropika Kuala
Belalong dan Outward Bound Brunei Darussalam.